comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tebing tempat letak kereta runtuh, dua kenderaan terjejas 


KUALA LUMPUR: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di tempat letak kereta berhampiran apartmen rumah kedai One Selayang, Batu Caves dekat sini, yang menjejaskan dua kenderaan, pagi tadi.

Pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 10 pagi, sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang ke lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pemantauan mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di tebing sebuah parit berhampiran tempat letak kereta terbabit.

“Runtuhan tanah membabitkan keluasan dianggarkan 20×10 (200) kaki persegi dan terdapat dua kenderaan terjejas dalam kejadian itu namun tidak serius.

“Bahagian belakang dua kenderaan itu terjerumus sedikit ke tebing yang runtuh. Kejadian tidak membabitkan struktur bangunan dan mangsa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini