comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Lebih 700,000 kakitangan awam belum miliki rumah sendiri 

Oleh: Suzila Idayu Yaacob 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 45 peratus atau 720,000 daripada 1.6 juta penjawat awam seluruh negara masih belum memiliki rumah kediaman.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan ketika ini sedang berusaha untuk menyediakan rumah bersesuaian bagi golongan berkenaan bertujuan membantu meringan beban mereka terutama selepas bersara kelak.

“Jumlah yang memiliki rumah daripada 1.6 juta penjawat awam ialah 55 peratus yang membuat pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), dengan jumlah pinjaman perumahan membabitkan 750 ribu peminjan,” katanya pada Majlis Pemeteraian Pembaharuan Memorandum Persefahaman dan Pengenalan Sistem Integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Ujar beliau, LPPSA mengurus pinjaman kakitangan awam dengan nilai aset perumahan sebanyak RM100 bilion.

Setiap tahun, seramai 30,000 hingga 35,000 penjawat awam bersara dan kerajaan membelanjakan RM30.2 bilion bagi membayar pencen 900,000 kakitangan awam termasuk tentera.

Mengulas mengenai sistem integrasi yang akan diwujudkan, beliau berkata, ia merupakan sebuah rangkaian proses baharu bagi menghubungkan sistem persaraan JPA, KWAP dan LPPSA.

“Ia sebagai pemudah cara proses kerja sedia ada yang mana sebelum ini secara manual ditransformasikan ke sistem yang menyelaras data agar setiap pusat agensi memiliki data persaraan yang sama dan tepat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menyokong inisiatif tersebut kerana ia membantu dan memudahkan para pesara kerajaan menjalani kehidupan selepas berpencen, di samping merealisasikan impian rakyat Malaysia terutama penjawat awam untuk memiliki kediaman sendiri.

Loading...
Terkini