comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Putrajaya Holdings lancar Residensi Sakura, tawar 463 unit kediaman di Presint 11 

Projek Residensi Sakura menggunakan konsep visi kehidupan moden kondusif

KUALA LUMPUR: Putrajaya Holdings baru-baru ini melancarkan projek baharunya Residensi Sakura yang menawarkan 463 unit kediaman bertingkat di Presint 11, Putrajaya dengan diskaun dan promosi menarik kepada pembeli.

Putrajaya Holdings dalam kenyataan memaklumkan pihaknya bersedia untuk meneruskan kecemerlangan dengan projek baharu dan harga menarik bermula daripada RM350,000.

Menurut kenyataan itu, Putrajaya Holdings menawarkan diskaun menarik kepada pembeli warga Malaysia sebagai tambahan kepada promosi ekslusif lain seperti tanpa wang pendahuluan serta pelbagai lagi manakala pada prapelancaran baru-baru ini sebanyak 50 peratus daripada unit telah terjual.

Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Datuk Hashimah Hashim dalam kenyataan berkenaan berkata sebagai pemaju induk Putrajaya, Putrajaya Holdings melihat peranan mereka lebih daripada sebagai pemaju.

“Kami percaya menjadi tanggungjawab kami untuk membangunkan sebuah bandar yang bertenaga dengan ekosistem sosioekonomi yang berkembang maju. Apa yang kami cuba wujudkan ialah sebuah bandar yang benar-benar mampan dan progresif. Itu adalah visi kami sejak penubuhan dan kami sangat teruja dengan pelancaran Residensi Sakura ini kerana menandakan satu lagi langkah ke hadapan ke arah itu,” katanya.

Residensi Sakura menawarkan enam reka bentuk pelan lantai untuk dipilih dengan keluasan binaan 828 kaki persegi, 957 kaki persegi dan 2,120 kaki persegi (dwikunci).

Menurut Putrajaya Holdings, Residensi Sakura adalah satu daripada projek yang berkonsepkan kehidupan moden kondusif, dikelilingi kehijauan dan fasiliti moden, hasil Pelan Induk Putrajaya yang komprehensif.

Ia juga mudah diakses dari rangkaian lebuh raya utama dan jarak dekat dengan pusat pengangkutan utama seperti perkhidmatan Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa 2.

Pelbagai kemudahan seperti sekolah, taman, pusat komuniti dan pusat rekreasi berserta kolam renang dan kemudahan sukan turut berada dalam jarak dekat dengan Residen Sakura.

Projek pembangunan kediaman pegangan bebas itu dilihat sebagai pelaburan yang sangat baik serta ideal untuk keluarga moden yang muda dan aktif. – BERNAMA

Loading...
Terkini