comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar bincang isu Palestin bersama Jusuf Kalla di Putrajaya

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perkembangan isu Palestin antara intipati perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla pada kunjungan hormatnya di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Turut hadir isteri Muhammad Jusuf, Mufidah yang disambut isteri Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata, kesempatan pertemuan digunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti ilmu dan keagamaan.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Ia juga seiring peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI),” katanya.

Datuk Seri Anwar turut berharap pertemuan itu akan meneruskan legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Datuk Seri Anwar dalam pada itu, memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial rasmi facebooknya pada pertemuan berlangsung.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini