
Oleh: Siti Khadijah Jaafar
PUTRAJAYA: Proses bedah siasat ke atas penunggang motosikal yang juga kakitangan Pos Malaysia, Faris Haziq Abu Bakar yang maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Utara, berdekatan Presint 12 , Putrajaya semalam selesai jam 11 pagi tadi tadi.
Jenazah Allahyarham Faris telah dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham keluar meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya kira-kira pukul 12.45 tengahari tadi.
Jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih dan akan dikebumi selepas solat Zohor.
Sementara itu, proses bedah siasat jenazah kedua ,Allahyarham Yuswar Mohd Uyus masih lagi berjalan sebaik bermula jam 11.40 pagi tadi.
Ketika ini keluarga dan waris penjawat awam di Mahkamah Ampang itu sedang menunggu proses berkenaan selesai sebelum dibenarkan menuntut jenazah untuk proses seterusnya.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Nahas Putrajaya: Dua maut adalah pekerja Pos Malaysia, Mahkamah Ampang
- Keluarga, waris mangsa kemalangan tiba di Jabatan Forensik