comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Foto hiasan.Ringgit

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kadar pengangguran yang lebih tinggi serta inflasi gaji yang agak rendah pada Jumaat lepas.

Sentimen untuk mata wang tempatan turut dilonjakkan lagi oleh petunjuk kenaikan kadar faedah yang lebih kecil pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai sedikit kepada 4.7430/7460 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.7460/7495.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata walaupun laporan pekerjaan AS baru-baru ini menunjukkan keadaan pasaran buruh yang semakin lemah berikutan peningkatan kadar pengangguran (Okt: 3.7 peratus berbanding Sept: 3.5 peratus), pengambilan pekerja masih kukuh, mencatatkan 261,000 berbanding anggaran 200,000 pada bulan Okt.

Ini sekali gus menunjukkan ekonomi AS kekal berdaya tahan.

“Walaupun Rizab Persekutuan membayangkan kenaikan kadar yang lebih kecil pada masa hadapan,  keputusan sedemikian lambat laun akan didorong oleh hasil data.

“Mata wang tempatan mungkin menjadi kurang menggalakkan sekiranya terdapat sebarang keputusan yang tidak dijangka dalam indeks harga pengguna (CPI) AS Oktober yang akan datang, serta keputusan pilihan raya separuh penggal negara pada 8 Nov,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini