comscore
Tumpuan :
Dunia

11 cedera ditanduk lembu di festival tempatan

HUANCAVELICA: Sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam kejadian pada dua hari pertama festival pertarungan lembu tradisional ‘Toro Chutay’ di Huancavelica, Peru.

Menurut media tempatan, ketika kejadian, ribuan peserta dilepaskan berlari bersama-sama dengan lembu dalam program yang menjadi acara tumpuan tahunan masyarakat tempatan di situ.

Kesemua yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran dan disahkan mengalami cedera ringan di kepala serta lebam di beberapa bahagian badan.

Acara berkenaan kemudiannya diteruskan semula selepas keadaan kembali terkawal.

Festival terbabit antara yang dinantikan saban tahun memandangkan orang awam berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan meskipun terpaksa mempertaruhkan nyawa masing-masing selain menjadi aktiviti tumpuan pelancong asing. –  REUTERS

Loading...
Terkini