comscore
Tumpuan :
Dunia

14 kanak-kanak dijangkiti HIV, hepatitis selepas transfusi darah di India

Foto fail Reuters

MOSCOW: Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times pada Isnin.

Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi HIV.

Transfusi berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh gangguan darah talasemia mereka.

Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini