comscore
Tumpuan :
Dunia

Wanita bakar suami, kecewa lelaki itu berwajah gelap

Foto hiasan

NEW DELHI: Seorang wanita dari negeri Uttar Pradesh dihukum penjara seumur hidup kerana membakar suaminya akibat kecewa dengan wajah gelap lelaki itu.

Keputusan berkenaan dibuat Mahkamah India selepas mendapati wanita itu, Premshree, 26, bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada tahun 2019.

Premshree berkahwin dengan suaminya Satyaveer Singh, 25, iaitu penduduk perkampungan Bicheta di Kurh Fatehgarh dan dikurniakan anak perempuan pada November 2018.

Bagaimanapun rumah tangga mereka mula berdepan konflik selepas Premshree dikatakan kecewa dengan rupa dan warna kulit suaminya serta berulang kali meminta cerai.

Meskipun konflik berterusan, Satyaveer tetap setia terhadap perkahwinan itu sehinggalah pada 15 April 2019, Premshree menyiram Satyaveer yang sedang tidur dengan petrol dan membakarnya.

Satyaveer dirawat di hospital dalam keadaan kritikal sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Abang Satyaveer, Harveer Singh memfailkan tuntutan di bawah kanun menyebabkan kematian yang membawa kepada penahanan Premshree.

Selepas empat tahun, mahkamah akhirnya pada Selasa lalu mengesahkan pengisytiharan kematian Satyaveer yang menamakan isterinya sebagai pembunuh.

Dalam pembelaannya, Premshree mendakwa cuba menyelamatkan suaminya ketika kejadian dan turut mengalami kecederaan lecur.–AGENSI

Loading...
Terkini