comscore
Tumpuan :
Dunia

Pencuri telefon bimbit dibiar berpaut pada tingkap kereta api bergerak 

NEW DELHI: Padah cuba mencuri telefon bimbit milik seorang penumpang wanita, apabila suspek dibiar bergayut di tingkap kereta api yang sedang bergerak sejauh lebih satu kilometer (km).

Insiden itu berlaku di bandar Bhagalpur, Bihar, India.

Satu video tular menunjukkan pencuri malang itu bergayut di tepi gerabak apabila tangannya digenggam penumpang di dalam kereta api yang melihat cubaan dia mencuri telefon bimbit mangsa.

Memetik laporan India Times, lelaki itu juga dipukul di kepala beberapa kali oleh penumpang yang marah dan mahu memberi pengajaran kepadanya.

Ketika kejadian, pencuri terbabit melihat seorang penumpang wanita duduk di tepi tingkap, sedang berbual di telefon bimbitnya dan cuba merampas alat telekomunikasi itu.

Malangnya, dia tidak sempat melarikan diri sebelum kereta api bergerak dan penumpang lain yang melihat kejadian, pantas menarik tangan lelaki itu serta membiarkan dia tergantung di tepi gerabak.

Turut kedengaran dalam video, rayuan lelaki itu, “tolong izinkan saya keluar (lepaskan)… tangan saya akan patah.

”Dia kemudian diselamatkan beberapa pemuda dipercayai rakannya.

Loading...
Terkini