comscore
Tumpuan :
Sukan

India mara ke suku akhir, belasah Kanada 10-1

Pemain India meraikan jaringan pada perlawanan menentang Kanada di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.-Foto: MHC / Facebook 

KUALA LUMPUR: India mengiringi Sepanyol ke suku akhir Kejohanan Piala Dunia Remaja selaku naib juara Kumpulan C selepas berpesta gol 10-1 menundukkan Kanada di Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil petang tadi.

Aditya Arjun Lalage, Rohit dan Amandeep Lakra masing-masing menjaringkan dua gol buat India, (m-8,12,23,51,43,55)  pada aksi berat sebelah yang menyaksikan India mendahului 3-1 pada babak pertama.

Empat lagi gol India hasil jaringan Vishnukant Singh, Rajinder Singh, Kushwaha Sourabh Anand dan Uttam Singh pada minit ke-42 (dua gol), m-51 dan  m-58.

Gol saguhati Kanada menerusi gol padang Jude Nicholson pada minit ke-20.

Pada perlawanan petang tadi pemain India Aditya Arjun turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

India akan menentang juara Kumpulan D, Belanda pada aksi suku akhir Selasa ini.

Manakala Kanada meneruskan cabaran dalam perlawanan klasifikasi ke-9 hingga 16 berdepan pasukan di tangga ketiga Kumpulan D, Belgium.

Tiga lagi aksi suku akhir Selasa ini,  juara bertahan Argentina menentang Jerman, Perancis bertemu Australia manakala Sepanyol berdepan Pakistan.

Loading...
Terkini