comscore
Tumpuan :
Dunia

35 maut, 16 cedera bumbung telaga kuil lama runtuh di India

INDORE: Sekurang-kurangnya 35 maut sementara 16 lagi cedera apabila bumbung telaga di sebuah kuil lama runtuh di tengah India.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku di Indore ketika penganut Hindu berkumpul di kuil berkenaan untuk meraikan festival keagamaan.

Setakat ini, pihak berkuasa sudah menyelamatkan 18 mangsa dari lokasi kejadian.

Sekurang-kurangnya 75 tentera dan pasukan penyelamat dikerah ke kuil terbabit bagi operasi mencari dan menyelamat di balik timbunan dan serpihan runtuhan.

Operasi turut menggunakan tali dan tangga bagi mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam telaga berkenaan.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini