comscore
Tumpuan :
Dunia

43 penumpang Singapore Airlines masih dirawat di hospital Thailand

Keadaan dalaman penerbangan SQ321 Singapore Airlines selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok pada 21 Mei lalu. Foto REUTERS.

BANGKOK: Seramai 43 penumpang Singapore Airlines yang mengalami gelora udara teruk masih dirawat di hospital di Bangkok empat hari selepas insiden itu, kata sebuah hospital di ibu negara Thailand, hari ini.

Menurut Hospital Samitivej Srinakarin dalam satu kenyataan, semua 43 pesakit itu berada di tiga hospital berbeza di Bangkok.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa daripada 34 pesakit yang ditempatkan di hospital itu, tujuh daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mereka yang terlibat terdiri daripada tiga warga Australia, Malaysia (dua) dan masing-masing seorang dari Britain dan New Zealand.

Manakala baki 27 penumpang lain yang masih dirawat membabitkan lapan warga Britain, Australia (enam), Malaysia (lima) dan dua warga Filipina.

Dalam pada itu, kenyataan sama memaklumkan seramai dua orang dibenarkan keluar dari Hospital Samitivej Srinakarin, manakala dua penumpang yang sebelum ini dirawat di Hospital Samitivej Sukhumvit dipindahkan ke Samitivej Srinakarin bagi membolehkan mereka bersama ahli keluarga lain di hospital sama.

Pada Khamis lalu, Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, memaklumkan kepada media, seramai 22 pesakit mengalami kecederaan saraf tunjang dan enam mengalami kecederaan otak dan tengkorak, tetapi tidak sehingga ke tahap mengancam nyawa.

Ketika kejadian pada Selasa, seorang penumpang meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung dengan berpuluh-puluh penumpang lagi cedera selepas pesawat penerbangan SQ321 Singapore Airlines mengalami gelora udara melampau ketika dalam penerbangan dari London ke Singapura.

Kejadian berlaku di ruang udara Myanmar dan menyebabkan penerbangan yang membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal itu melencong ke Bangkok untuk melakukan pendaratan cemas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini