comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 47 masjid musnah, 3 gereja rosak dibom Israel

SEMENANJUNG GAZA: Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan 47 masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad.

Agensi Anadolu melaporkan seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu.

”Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf pada sidang media.

 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 8,005 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan bertalu-talu rejim Zionis .

Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini menderita kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.

Hanya beberapa trak membawa bantuan kemanusiaan dapat memasuki Gaza sejak pintu sempadan Rafah dibuka hujung minggu lalu. – BERNAMA-AA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini