comscore
Tumpuan :
Dunia

52 maut serangan Israel di Rafah

Kepulan asap kelihatan dari kem yang menempatkan rakyat Palestin di Rafah. – FOTO: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dalam serangan udara ke atas Rafah yang padat di selatan Gaza awal pagi ini, menurut Kementerian Kesihatan wilayah kendalian Hamas.

Wartawan agensi dan saksi mendengar siri serangan yang sengit dan melihat asap berkepul-kepul di udara bandar itu, yang kini menempatkan lebih separuh jumlah penduduk Gaza selepas mereka melarikan diri dari pengeboman di lokasi lain di Semenanjung.

Serangan melanda 14 rumah dan tiga masjid di bahagian berbeza Rafah, menurut kerajaan Hamas.

Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa ia telah “menjalankan beberapa siri serangan ke atas sasaran di kawasan Shaboura di selatan Semenanjung Gaza”, sambil menambah bahawa serangan telah berakhir.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tenteranya melancarkan serangan darat ke atas Rafah, pusat penduduk utama terakhir Gaza yang masih belum dimasuki tentera selepas serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuskan perang.

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin berkerumun di Rafah dengan ramai yang tinggal di dalam khemah manakala makanan, air dan ubat-ubatan semakin berkurangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini