comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tentera Zionis lancar serangan udara ke atas taska di Rafah

GAZA: Langsung tidak berhati perut, itu yang dapat digambarkan apabila tentera rejim Zionis melancarkan serangan udara ke atas sebuah taska di Rafah.

Serangan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak mati manakala serangan di timur wilayah sama turut meragut 24 lagi nyawa .

Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis kini sedang merancang untuk melancarkan operasi daratnya di Rafah yang kini sesak dengan penduduk Palestin.

Serangan demi serangan diteruskan di Khan Younis termasuk di perkarangan Hospital Eropah yang meragut satu nyawa

Serangan tentera rejim di Dier el-Balah pula menyasarkan kawasan pertanian dekat Jafraawi.

FOTO: Reuters

Pertubuhan Hak Asasi Manusia berpendapat, ia sengaja dilakukan bagi memburukan lagi situasi kekurangan bekalan makanan akut di Gaza.

Di Tebing Barat pula, tiga penduduk Palestin ditahan operasi serbuan tentera rejim di Nablus manakala seorang lagi cedera ditembak dalam serbuan di selatan Jenin.

Operasi tentera turut dilancarkan di beberapa kawasan lain termasuk kem pelarian Shuafat dan utara Tulkarem

Lebih 27,500 penduduk Palesin maut manakala lebih 66,000 lagi cedera dalam pertempuran yang bermula sejak 7 Oktober lalu – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini