comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir rencatkan operasi ‘subway’ di New York

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Hujan lebat di New York menyebabkan air bah mula memenuhi ruang bawah tanah di stesen kereta api Grand Army Plaza.

Visual yang dikongsi di media sosial menyaksikan air telah membanjiri jalan masuk sehingga melimpah ke tangga serta platform tren.

Hujan lebat berterusan selama seminggu telah mengakibatkan banjir kilat di bandar New York sekaligus merencatkan operasi kereta api bawah tanah.

Situasi bah ini turut mengganggu habitat haiwan di Zoo Central Park di mana ada seekor singa laut dilaporkan telah keluar daripada kolamnya.

Hujan lebat diramal akan berterusan buat tempoh seminggu lagi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini