comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua Bangunan Pencakar Langit Diletupkan

Foto: REUTERS

NEW DELHI, India:  Akibat melaksanakan projek pembinaan tanpa mengikut peraturan, dua bangunan pencakar langit di pinggir bandar New Delhi terpaksa dirobohkan. 

Arahan meruntuhkan bangunan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi India pada tahun lalu selepas mendapati, pemaju melanggar peraturan yang ditetapkan

Bangunan dengan ketinggian hampir 100 meter itu ranap hanya dalam tempoh kurang 10 saat selepas diletupkan dengan lebih 3,700 kilogram bahan letupan.

Ribuan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan ini diarah meninggalkan lokasi bagi tempoh kira-kira 10 jam.

Proses meletupkan bangunan turut disaksikan orang ramai di kawasan tertentu dengan kawalan polis.

Letupan menghasilkan kira-kira lebih 80,000 tan sisa runtuhan .

Polis diarah melakukan tunjauan bagi meneliti sama ada berlaku sebarang kerosakan di kawasan sekitar. – REUTERS

Loading...
Terkini