comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Hamas bebas 24 tebusan hari pertama gencatan senjata

GAZA: Sejumlah 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata, semalam.

Di pihak Hamas, tebusan yang dibebaskan seramai 24 orang  termasuk wanita dan kanak-kanak Israel serta pekerja ladang Thailand.

Buat kali pertama juga dalam tempoh tujuh minggu, tiada bunyi letupan kedengaran di Semenanjung Gaza berikutan pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Hamas dihentikan.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), berkata tebusan dipindahkan keluar dari Gaza dan diserahkan kepada pihak berkuasa Mesir di persimpangan sempadan Rafah.

FOTO: Reuters

Mereka diiringi lapan kakitangan ICRC dalam konvoi empat gerabak.

Qatar, yang bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian gencatan senjata itu, berkata 13 warga Israel dibebaskan dengan sebahagiannya mempunyai dua kewarganegaraan serta 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina.

Dalam pda itu, seramai 39 tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin pula dibebaskan dari penjara Israel.

Di bawah syarat gencatan senjata empat hari Israel-Hamas, seramai 50 tebusan wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan, sebagai balasan kepada 150 wanita dan kanak-kanak Palestin dalam kalangan ribuan tahanan di penjara Israel.

FOTO: Reuters

Israel berkata, gencatan senjata boleh dilanjutkan jika lebih ramai tebusan dibebaskan iaitu penambahan sehari gencatan senjata bagi setiap 10 tebusan yang dibebaskan.

Tebusan yang dibebaskan semalam juga terbabit dalam pertukaran dengan 24 wanita Palestin dan 15 remaja yang dipenjarakan.

Kata saksi, sekurang-kurangnya tiga serbuan polis Israel dilakukan di rumah keluarga tebusan di Baitulmaqdis, sebelum mereka dibebaskan, tetapi pihak polis enggan mengulas lanjut.

Sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu berkata, pembebasan pekerja Thailand, kesemuanya lelaki, tidak berkaitan dengan rundingan gencatan senjata dan dilakukan berasingan melalui rundingan oleh Mesir dan Qatar.

FOTO: Al Qahera News/Reuters TV via REUTERS

Di media sosial, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata, seramai 12 pekerja Thailand sudah dibebaskan, iaitu melebihi daripada jumlah yang diberikan oleh Qatar.

Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA), berkata 137 trak barangan sudah masuk ke Gaza semalam iaitu konvoi kemanusiaan terbesar diterima sejak 7 Oktober lalu. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini