comscore
Tumpuan :
Dunia

Joe Biden anggap waran tangkap ke atas Vladimir Putin adalah wajar

 

FOTO: AFP

AMERIKA SYARIKAT: Presiden Joe Biden menganggap waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin adalah wajar.

Biden juga menyatakan bahawa walaupun ICC tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, namun organisasi itu mendatangkan hujah yang baik untuk waran itu,

Semalam ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Putin serta Pesuruhjaya Hak Kanak-kanak Rusia Maria Lvova-belova atas dakwaan “pengusiran yang menyalahi undang-undang” kanak-kanak Ukraine ke Rusia.

Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB,  Vassily Nebenzia berkata, sebarang waran dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah tidak sah kerana ia tidak mempunyai sebarang bidang kuasa ke atas Rusia,

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov dalam pada itu berulang kali menyatakan bahawa Rusia tidak tertakluk di bawah ICC dan bidang kuasanya tidak diiktiraf Moscow.

Justeru sebarang keputusannya terhadap negara itu adalah terbatal dari sudut undang-undang.

Loading...
Terkini