comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 1,000 kes batuk kokol merebak dalam kalangan kanak-kanak di Thailand

Foto hiasan

BANGKOK: Lebih 1,000 kes batuk kokol (pertusis) merebak dalam kalangan kanak-kanak di tiga wilayah selatan Thailand, direkodkan setakat ini.

Jumlah mangsa yang meninggal dunia ialah 7 kes..

Menurut Gabenor Wilayah Yala, Ampon Pongsuwan, di Yala sahaja, 158 kes didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun dan wanita hamil, dua daripadanya meninggal dunia.

Beliau berkata, penyakit pernafasan berjangkit itu turut merebak di wilayah Narathiwat dan Pattani, kebanyakannya dalam kalangan kanak-kanak.

Katanya, terdapat kecenderungan untuk jangkitan meningkat dan lebih ramai kanak-kanak akan mati jika tindakan tidak diambil segera untuk membendung penularan penyakit itu.

Jelas Ketua Kesihatan Wilayah Yala, Dr Wiset Sirindhornsophon, berkata jangkitan itu mula dikesan pada Januari tahun lalu dan sehingga kini lebih 700 kes didiagnosis.

Memetik laporan Thai PBS World, dua kanak-kanak baru lahir yang tidak diberi vaksin meninggal dunia.

Laporan itu mendedahkan kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti sama ada tidak divaksin atau tidak divaksin sepenuhnya dan tidak mempunyai imuniti terhadap bakteria.

Jangkitan itu boleh membawa kepada jangkitan paru-paru yang teruk dan mengancam nyawa.

Cara terbaik untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun adalah dengan memberi mereka vaksin.

Wanita hamil dalam trimester kedua juga perlu diberi vaksin, demi keselamatan ibu dan kandungan. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini