comscore
Tumpuan :
Dunia

Paras air Sungai Yamuna meningkat kepada 152 meter

Foto : Reuters

INDIA: Paras air Sungai Yamuna di Uttar Pradesh, India meningkat kepada 152 meter melebihi paras bahaya susulan hujan lebat.

Peningkatan paras air Sungai Yamuna dilaporkan melebihi 100 peratus.

Kenaikan paras air itu juga menghampiri dinding bangunan ikonik Taj Mahal.

Foto : Reuters

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk bahawa ia bukan sahaja bakal mengancam tugu itu, malah nyawa dan harta benda mereka.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan taburan hujan di kebanyakan kawasan di Maharashtra, Gujarat, Karnataka dan Kerala hari ini.

Amaran tahap merah turut dikeluarkan di Mumbai, Raigad, Pune dan Palghar hari ini.

Angka korban terus meningkat dengan empat kematian baharu dicatatkan di Kathua, susulan runtuhan beberapa kediaman penduduk. – REUTERS/INDIA EXPRESS

Loading...
Terkini