comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Rejim Zionis ugut letupkan Hospital Al Quds

GAZA: Selepas pembunuhan pada skala besar di Jabalia, beberapa siri serangan udara terus dilancarkan rejim Zionis.

Kali ini bedilan roket disasarkan di lokasi berdekatan Hospital Al Quds pada waktu subuh.

Tidak cukup dengan itu, Israel turut beberapa kali mengugut untuk mengebom hospital berkenaan.

Fasiliti perubatan gabungan Bulan Sabit Merah yang terletak di kawasan kejiranan Tal Al-Hawa di selatan Gaza City itu menempatkan lebih 14,000 orang awam, dengan ratusan individu cedera.

Persatuan Bulan Sabit Merah menegaskan, pihaknya tidak akan mengosongkan hospital terbabit.

Sehubungan itu mereka menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan secepat mungkin bagi mengelakkan bencana besar berlaku.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini