comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 18 sekeluarga maut sekaligus, Zionis serang tanpa amaran

GAZA: Penduduk Gaza terus dizalimi rejim Zionis, serangan terbaru semalam meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa.

18 sekeluarga terkorban dalam serangan udara terbaru rejim yang menyasarkan Al Zawayda.

FOTO: REUTERS

Mangsa dikenal pasti termasuk datuk, nenek bersama-sama cucu mereka yang berlindung di kediaman terbabit.

Sementara itu di Rafah, roket dilancarkan Zionis menyasarkan sebuah pangsapuri.

Serangan yang dilancarkan tanpa amaran itu meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa

Angka maut dijangka akan terus meningkat ekoran masih ramai mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini