comscore
Tumpuan :
Dunia

Rentetan siri insiden pesawat, CEO Boeing letak jawatan

FOTO: Reuters

NEW YORK: Boeing mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dave Calhoun akan meletak jawatan ekoran berdepan beberapa siri insiden keselamatan dan isu pembuatan.

Syarikat itu dilanda masalah antaranya insiden pada januari apabila panel fiuslaj jet Boeing 737 Max 9 Alaska Airlines tertangal ketika penerbangan.

Meskipun tiada penumpang yang cedera parah, namun pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Bulan lalu, pengawal selia Amerika Syarikat memberi Boeing tempoh 90 hari untuk membentangkan pelan bagi menangani isu kawalan kualiti.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Kawal Selia (A.S) berkata, syarikat itu perlu memberi komitmen kepada penambahbaikan.

Januari lalu, berlaku kebakaran enjin pada Boeing 747 sejurus selepas berlepas dari Florida.

Dan awal bulan ini, sebuah pesawat Boeing 777 menuju ke Jepun terpaksa mendarat cemas sejurus berlepas dari San Francisco.

Ia apabila sebuah roda terjatuh dan terjunam ke tempat letak kereta lapangan terbang, merosakkan beberapa kereta.

Minggu lalu pula, pihak berkuasa New Zealand melakukan siasatan selepas Boeing 787 Dreamliner kehilangan altitud ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland dan mencederakan beberapa penumpang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini