comscore
Tumpuan :
Dunia

Serangan Israel di Syria, Penasihat kanan Pengawal Revolusi Iran maut

Sayyed Razi Mousavi – FOTO REUTERS

BEIRUT: Seorang penasihat kanan Pengawal Revolusi Iran terbunuh dalam serangan udara Israel di luar ibu negara Syria, Damsyik, semalam, menurut sumber keselamatan dan laporan media Iran.

Sumber memberitahu Reuters, penasihat kanan itu yang dikenali sebagai Sayyed Razi Mousavi, bertanggungjawab menyelaraskan pakatan ketenteraan antara Syria dengan Iran.

Pengawal Revolusi Iran dalam reaksinya menegaskan, Israel akan menanggung akibat daripada pembunuhan Mousavi.

“Sudah tentu si perampas yang ganas, rejim Zionis akan membayar harga atas jenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen.

Sementara itu, Stesen televisyen Iran turut mengumumkan Mousavi terkorban, dengan menyatakan beliau adalah antara penasihat tertua Pengawal Revolusi Iran di Syria.

Mousavi antara yang mengiringi ketua pasukan elit Quds bawah Pengawal Revolusi Iran, Qassem Soleimani.

Setakat ini, tiada komen daripada pihak tentera Israel. – REUTERS

Loading...
Terkini