comscore
Tumpuan :
Dunia

Sidang kemuncak negara Arab, Islam dan Afrika dalam masa terdekat di Arab Saudi

SINGAPURA: Arab Saudi akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak negara Arab, Islam dan Afrika dalam beberapa hari akan datang bagi membincangkan konflik Israel-Palestin.

Menteri Pelaburan Arab Saudi Khalid Al-Falih memaklumkan perkara itu semalam ketika hadir Forum Ekonomi Baharu Bloomberg di Singapura.

“Kita akan lihat, minggu ini dalam beberapa hari akan datang Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak tergempar Arab di Riyadh.

“Anda akan melihat Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak Afrika-Saudi di Riyadh, dan dalam beberapa hari anda akan melihat Arab Saudi mengadakan sidang kemuncak Islam,” katanya.

“Dalam jangka pendek, objektif untuk membawa ketiga-tiga sidang kemuncak ini dan perhimpunan lain di bawah pimpinan Arab Saudi adalah untuk memacu ke arah penyelesaian konflik secara aman.

“Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan ke Arab Saudi Ahad ini untuk sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam, lapor berita Etemadonline, lawatan pertama ketua negara Iran sejak Tehran dan Riyadh menamatkan permusuhan bertahun-tahun di bawah perjanjian yang diuruskan oleh China pada Mac.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini