comscore
Tumpuan :
Dunia

Twitter telah pecat 80% pekerjanya : Musk


SAN FRANCISCO: Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, kira-kira 80 peratus daripada tenaga kerjanya sejak akhir tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Elon Musk dalam temu bual dengan BBC pada petang Selasa.

Pengurangan tenaga kerja Twitter bagaimanapun tidak ketara berbanding dengan syarikat teknologi besar lain seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.

Twitter juga sedang menghadapi pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah.

Memetik laporan oleh San Francisco Chronicle, Twitter berkata dalam pemfailan undang-undang baru-baru ini bahawa “Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud”.

Menurut pemfailan undang-undang, X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian. Syarikat induknya ialah X Holdings Corp. -BERNAMA

Loading...
Terkini