comscore
Tumpuan :
Dunia

Washington sifatkan TikTok ancam keselamatan

FOTO: REUTERS

WASHINGTON: White House mendakwa wujud masalah dan isu pada aplikasi media sosial TikTok, hingga mengancam isu kepentingan keselamatan.

Menurut Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre, TikTok didakwa menjadi platform mengumpul maklumat keselamatan.

Washington juga menyatakan pendirian atas kebimbangan terhadap aplikasi itu dan kaitannya dengan China.

Dakwa negara Uncle Sam itu, pengendali TikTok menggunakan kelebihan dalam teknologi digital dan data yang dikumpul hingga boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

Amerika Syarikat sehingga kini membangkitkan kebimbangan mengenai isu keselamatan berkaitan TikTok.

Ia mewajibkan semua kakitangan persekutuan memadam aplikasi itu daripada telefon pintar yang dibekalkan kerajaan.

Beberapa negara lain turut melaksana langkah sama atas alasan kebimbangan tentang risikan.

Pada 2017, China menguatkuasa undang-undang mewajibkan syarikat menyerahkan kepada Beijing sebarang data berkaitan keselamatan negara.

Bagaimanapun, tiada sebarang bukti TikTok mengemukakan data itu kepada Beijing.

Sementara itu, China menyifatkan larangan dikenakan Amerika Syarikat mendedahkan ketakutan negara itu selain salah guna kuasa.

Loading...
Terkini