comscore
Tumpuan :
Dunia

WHO bimbang nasib pengarah Hospital Al-Shifa

FOTO: @leeonskee/ X

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan mengenai nasib ketua Hospital Al-Shifa, Gaza, yang ditahan tentera Israel atas dakwaan kemudahan itu digunakan oleh Hamas.

Dalam satu kenyataan WHO berkata, ketua hospital terbesar di wilayah Palestin itu ditangkap pada Rabu bersama lima petugas kesihatan lain.

“Tiga kakitangan perubatan dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan tiga daripada Kementerian Kesihatan, ditahan,” kata WHO.

”Sejak itu, dua daripada enam dilaporkan dibebaskan, tetapi “kami tidak mempunyai maklumat mengenai kesejahteraan empat kakitangan kesihatan yang tinggal, termasuk pengarah Hospital Al-Shifa,” tambah kenyataan itu.

Agensi PBB menggesa “hak undang-undang dan asasi manusia mereka dipatuhi sepenuhnya semasa penahanan mereka”.

Pengarah hospital, Dr Mohammad Abu Salmiya sering dipetik media antarabangsa mengenai keadaan di dalam Hospital Al-Shifa yang menjadi sasaran utama  serangan darat Israel.

Tentera rejim, yang menyerbu hospital minggu lalu, mendakwa pejuang Hamas menggunakan kompleks terowong di bawah kemudahan di Bandar Gaza sebagai alasan melancarkan serangan.

Hamas dan pegawai hospital berulang kali menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan WHO, organisasi itu menjalankan tiga misi ke Hospital Al-Shifa dalam tempoh seminggu, sekali gus berjaya memindahkan 31 bayi dari hospital.

Semasa misi ketiga, pada Rabu, yang dijalankan dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Palestin, 151 orang diselamatkan, termasuk pesakit, saudara-mara mereka dan pekerja penjagaan kesihatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini