comscore
Tumpuan :
Dunia

YouTuber ‘dahaga perhatian’ berdepan hukuman penjara 20 tahun

Seorang lelaki yang juga YouTuber sengaja merakam aksinya melepaskan diri dari sebuah pesawat dan membiarkan pesawatnya itu terhempas.

Kelakuannya itu semata-mata mahu meraih tontonan akhirnya membawa padah, apabila dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dalam video dengan lebih 3 juta tontonan, berjudul “I crashed my airplane”, itu, Trevor Jacob, 29, dilihat kononnya berdepan masalah enjin ketika sedang terbang di ruang udara selatan California pada November 2021.

Video memaparkan ‘detik dramatik’ dia melepaskan diri dari pesawat ringan enjin tunggal itu sambil memegang ‘selfie stick’ di tangannya, lalu melompat keluar menggunakan payung terjun untuk mendarat di kawasan Taman Negara Los Padres.

Susulan kejadian itu, dia melaporkan pesawatnya hilang kuasa dan tidak tahu lokasi bangkai kapal itu.

Namun, keterangannya menimbulkan keraguan dalam kalangan pakar penerbangan dan pihak berkuasa persekutuan.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat membongkar pembohongan Jacob dan FAA membatalkan lesen juruterbangnya.

Hasil siasatan itu, dia akhirnya mengaku bersalah atas dakwaan sengaja melakukan kemusnahan dan mengganggu siasatan rasmi dengan menceroboh lokasi nahas dan dijangka bakal membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.

Loading...
Terkini