comscore
Tumpuan :
Hiburan

Ruffedge buktikan aura ‘orang lama’ 

Oleh: Ain Shafiqah Zaki 

KUALA LUMPUR: Aura Ruffedge masih kuat dan relevan sehingga kini.

Mana tidaknya, kumpulan yang terkenal dengan lagu hit seperti Khayalan, Bila Rindu, Da Bomb itu berjaya menarik hampir 5,000 hadirin ke ‘Konsert RUFFERA: That Moment In Time’ di ibu negara, semalam.

Pentas konsert yang gah itu digegarkan oleh lima ahlinya iaitu Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain.

Kumpulan R&B dan hiphop yang sudah bertapak di Malaysia sejak 25 tahun lalu itu juga nyata bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama peminat, selain mempamerkan skil menari mereka.

Bahkan, kehadiran Zeppo Youngsterz kumpulan penari yang pernah mencipta nama peringkat antarabangsa, menggamatkan lagi suasana dengan koreografi lincah mereka.

Kehadiran Lah Ahmad dari kumpulan VE juga tidak kurang hebat dengan kelunakan suaranya.

Sebanyak 25 lagu dipersembahkan sepanjang lebih dua jam konsert itu berlangsung, dengan Khayalan dan Bila Rindu sebagai penutup tirai.

Rata-rata peminat yang hadir terhibur dan menyanyi bersama-sama bagi melepaskan kerinduan mereka terhadap kumpulan itu.

“Sangat puas hati datang konsert Ruffedge ini sebab dia cover all the songs yang kita grow up with so ok la puas,” ujar Nur Syahirah Kamaruddin selaku peminat.

Bahkan, ada peminat yang sanggup terbang dari Arab Saudi semata-mata untuk bertentang mata dengan idola mereka.

“Saya dari Sungai Petani, Kedah. Isteri pula terbang dari Arab Saudi semata-mata konsert Ruffedge ni.

“Memang teruja. Ruffedge kembalikan nostalgia kami. Dan apa yang kami terkejut memang tenaga kumpulan ini masih macam dulu, nyanyi pun macam dalam kaset,” kata Arahman Ahmad dan Ainaparkeeza Harun.

Ruffedge turut mengundang beberapa penyanyi lain antaranya DJ Uno, Distorted, Jboy.

Persembahan Ruffedge pada malam itu dipimpin pengarah muzik terkemuka iaitu Datuk Acis.

Loading...
Terkini