comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Taylor Swift kejutkan peminat dengan ‘double album’

Taylor Swift tampil dengan ‘double album’ yang mengandungi 31 buah lagu – FOTO: Taylor Swift/Instagram

Seperti dijanjikan, bintang pop sensasi, Taylor Swift tampil dengan album terbaharunya, ‘The Tortured Poets Department’ (TTPD), hari ini.

Album mengandungi 16 buah lagu itu menampilkan ‘Fortnight’ sebagai single pertama, yang juga kolaborasi dengan penyanyi dan rapper terkenal, Post Malone.

Namun tidak lama selepas album baharu itu dilancarkan, Swift mengumumkan bahawa TTPD sebenarnya adalah album berganda, dengan tambahan ‘The Anthology’ bagi melengkapkan keseluruhan karya tersebut.

Dengan pengumuman itu, Swift menghadiahkan tambahan 15 lagu buat peminatnya, menjadikan keseluruhan album mengandungi 31 karya.

Menurut pemenang Grammy itu, dia telah menulis terlalu banyak karya ‘penyeksaan’ (dikaitkan dengan kisah cintanya) dalam tempoh 2 tahun ini.

Swift di konsert jelajah dunia ‘The Eras Tour’ – FOTO: Taylor Swift/Instagram

“Saya mahu berkongsi dengan anda semua, jadi terimalah bahagian kedua TTPD, ‘The Anthology’. 15 lagu tambahan. Kisah ini bukan lagi kisah saya, semuanya milik anda.

Dengan 31 buah lagu, durasi keseluruhan album ‘The Tortured Poets Department: The Anthology’ adalah lebih 2 jam.

Ini juga menjawab persoalan peminat-peminat atau Swifties yang menjangkakan album berganda daripada penyanyi kesayangan mereka, berikutan pelbagai petunjuk yang dikongsi secara halus oleh Swift.

Dalam kalangan Swifties, penyanyi itu memang terkenal dengan karakternya yang suka menyelitkan petunjuk melalui pelbagai perkongsian.

FOTO: Taylor Swift/Instagram

Ketika ini, Swift berehat daripada konsert jelajah dunia ‘The Eras Tour’ selama dua bulan untuk memberi tumpuan kepada promosi TTPD, sebelum ia disambung semula 9 Mei nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini