comscore
Tumpuan :
Jenayah

604 ditahan dalam masa 11 hari babitkan kes dadah

Foto hiasan

KOTA BHARU: Sejumlah 604 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh 11 hari bermula 23 November sehingga semalam dan dua di antara mereka adalah pelajar.

Mereka berusia antara 16 hingga 60 tahun terdiri daripada 593 lelaki dan 11 wanita ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan menerusi Ops Tapis bersepadu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam tempoh itu pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM348,985.

Katanya, antara dadah yang dirampas termasuk ganja seberat 74 kilogram (kg), pil yaba (6,320 biji), daun ketum (50.7kg) dan heroin (59.41 gram).

“Jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan untuk 83,136 orang penagih dadah.

“Pelbagai harta turut disita terdiri daripada kenderaan dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM31,180 dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Mereka ditangkap atas pelbagai kesalahan mengikut ADB 1952, ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Loading...
Terkini