comscore
Tumpuan :
Jenayah

8 lelaki ditahan, bantu siasatan kes bunuh

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes bunuh dipercayai antara lapan lelaki warga asing yang ditahan dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga India, Selasa lalu.

Kesemua ditahan berumur lingkungan 22 hingga 57 tahun merupakan rakan sekerja mangsa di sebuah premis besi buruk di kawasan perindustrian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata polis menerima maklumat pada jam 6 pagi daripada hospital yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan cedera di muka dan kepala.

Beliau berkata seorang saksi memberitahu bahawa seorang suspek lelaki warga asing berumur 37 tahun yang bekerja di premis sama ditemukan berlumuran darah di depan bilik mangsa.

“Saksi yang memasuki bilik itu mendapati mangsa yang dibunuh suspek ditemukan terbaring dengan kesan kecederaan di muka dan memaklumkan perkara itu kepada majikannya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.

Mangsa dibunuh oleh rakan sekerja yang juga berasal dari negara yang sama disyaki mabuk dalam kejadian di sebuah asrama pekerja di Kawasan Perindustrian Jalan Sungai Besi, Cheras, di sini.

Loading...
Terkini