comscore
Tumpuan :
Jenayah

Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut hari ini 

Suspek kes tembak di KLIA Terminal 1 dibawa ke Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu hari ini bagi prosiding permohonan reman. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Hafizul Hawari, suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut.

Hafizul, 38, akan dibawa ke pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) di Petaling Jaya pada jam 2 petang.

Terdahulu Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Suspek yang ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu semalam selepas melarikan diri, tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Suspek memakai baju lokap tiba dengan menaiki kereta polis diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi Sabtu lalu, beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek menggemparkan orang ramai di balai ketibaan terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini