comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kertas siasatan kalimah Allah pada stoking diserah ke AGC 

 

KUALA LUMPUR: Siasatan polis berhubung isu penjualan stoking dengan kalimah Allah sudah selesai dengan dua kertas siasatan yang lengkap sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), semalam.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihak polis kini sedang menunggu arahan lanjut daripada AGC berhubung tindakan seterusnya.

Menurut beliau, dua kertas siasatan itu membabitkan pihak KK Super Mart dan syarikat pengedar yang mengimport stoking dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan sudah lengkap. Kita tunggu arahan terakhir dan terkini daripada AGC. Apabila sudah diberikan (arahan) kita akan maklumkan apa arahan AGC,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini