comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ketua Polis Johor turut jadi sasaran scammer

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengakui turut menjadi sasaran sindiket penipuan dalam talian atau scammer.

Katanya, panggilan berkenaan diterima baru-baru, namun beliau tidak melayaninya.

“Baru-baru ini saya juga menerima panggilan daripada scammer..dia tahu number telefon saya, dia tahun alamat beradaan saya, tapi yang peliknya dia cakap dia akan sambung kepada pegawai penyiasat.

“Kebiasaanya kita akan minta sambung kepada pegawai penyiasat, jadi hati-hati lah, scammer ini ada macam-macam taktik untuk menipu” katanya yang ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, di sini, pagi tadi

Katanya, antara taktik terbaru yang dikesan, scammer menghantar email kepada mangsa dan mengarahkan mangsa membuat bayaran melalui nombor akaun baharu atas pelbagai alasan.

Mangsa yang membuat bayaran akhirnya terpaksa mengangggung kerugian hingga ratusan ribu ringgit

Justeru beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati dan tidak melayan sebarang panggilan yang mengandungi ciri-ciri scammer.

Johor mencatat lebih dua ribu laporan jenayah penipuan dalam talian sejak Januari hingga bulan lalu.

Jumlah itu meningkat 15.5 peratus, berbanding 1,800 kes yang dilaporkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Nilai kerugian yang dicatatkan berjumlah hampir 72 juta ringgit berbanding 57 juta ringgit tahun sebelumnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini