comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki OKU pukul adik ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kerana disyaki memukul adik perempuannya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Ampang, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian berlaku selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai kakitangan khidmat pelanggan itu enggan menemaninya ke kedai.

Beliau berkata ketika mangsa sedang berbaring, tiba-tiba suspek datang dan terus memijak paha kanan, bahu kanan dan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.

“Hasil siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya dalam kenyataan malam ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini