comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Mayat lelaki berbungkus plastik dalam but kereta

 

SHAH ALAM: Satu mayat lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan berbungkus plastik dan terikat dalam but kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Sri Orkid Seksyen 30, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa tercium bau busuk dari sebuah kenderaan di lokasi berkenaan.

“Kejadian disedari oleh orang awam jam 3.25 petang semalam setelah tercium bau busuk daripada kereta Honda City warna hitam yang sudah berada di situ sejuk dua hingga tiga hari lalu.

FOTO: PDRM

Siasatan awal polis mendapati mangsa seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun. Semakan ke atas  kenderaan juga didaftarkan atas nama mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Susulan itu katanya, polis berjaya menangkap empat suspek termasuk seorang wanita pada jam 7 malam tadi berhampiran lokasi kejadian.

Kesemua suspek warganegara Indonesia lingkungan umur 40-an ditahan reman bermula hari ini hingga 10 Julai bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati kes ada kaitan dengan motif cemburu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada ASP Mohammad Khairi (Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah) di talian 012-2666025,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar gambar satu mayat berbalut plastik hitam di bahagian but sebuah kereta hitam yang terbuka di tepi jalan.

Terdapat komen pada tangkap layar itu yang mendakwa, mayat mangsa ditemui oleh adiknya sendiri.

Loading...
Terkini