comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat lelaki cuba selamatkan dua beradik lemas ditemui

SEPANG: Mayat lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan dua beradik perempuan yang lemas di Pantai Bagan Lalang, di sini, ditemui, hari ini.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang, Mohd Bukhari Md Shahar berkata, mangsa Mohd Faizal Mahasan, 30, ditemui jam 9.35 pagi tadi.

Mayat Mohd Faizal ditemui pagi tadi 500 meter dari lokasi kejadian. – FOTO Ihsan Bomba

“Mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam,  dua beradik perempuan berusia sembilan dan tujuh tahun ditemui lemas ketika berkelah di Pantai Bagan Lalang manakala seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan .

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail dilapor berkata,  dua kanak-kanak itu ditemui 50 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas.

Loading...
Terkini