comscore
Tumpuan :
Jenayah

Parti liar dalam banglo, 28 ditahan di Genting Highlands

Foto hiasan

GENTING HIGHLANDS: 28 individu ditahan polis ketika sedang berseronok menghadiri parti liar di sebuah rumah banglo di pusat peranginan di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan serbuan itu pada jam 4 petang hasil maklumat orang awam.

Menurutnya, hasil serbuan itu menahan 19 lelaki dan sembilan wanita berusia 26 hingga 48 tahun.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan ujian awal saringan air kencing ke atas semua suspek yang berkumpul di ruang tamu di banglo itu dapati positif dadah jenis ketamine dan amphetamine.

“Kesemua suspek ditahan reman selama satu hingga dua hari bermula hari ini sehingga esok untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran Kontinjen Pahang,” katanya.

Loading...
Terkini