comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pencuri kelapa sawit guna Myvi ditahan

Oleh: Zahir Senapiah

BATU PAHAT : Polis menahan 3 lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes mencuri kelapa sawit menggunakan sebuah kereta Myvi pada 26 Disember lalu.

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit berumur 30 hingga 66 tahun ditahan sekitar daerah itu oleh pasukan polis IPD Batu Pahat pada hari yang sama.

Katanya, polis telah mendapat perintah reman selama dua hari hingga 30 Disember oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan untuk kegiatan mencuri dan beberapa tandan buah sawit” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah seksyen 379 kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada 26 Disember lalu tular satu rakaman video dua lelaki ditegur orang awam kerana mencuri buah sawit menggunakan kereta Myvi.

Loading...
Terkini