comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan lelaki belasah bekas teman wanita di pusat hiburan

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul bekas teman wanitanya di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, seorang wanita, S.K.Darshayini Nair, 23, mengalami kecederaan di badan, tangan dan hidung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian itu, suspek dikatakan datang ke pusat hiburan bersama beberapa rakannya untuk bertemu bekas teman wanitanya itu.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai mabuk telah menghampiri bekas teman wanitanya tetapi mangsa enggan melayan.

“Keadaan itu mengakibatkan uaspek menjadi marah dan menolak wanita terbabit dan empat rakan mangsa hingga terjatuh.

“Perbuatan itu menyebabkan berlaku pergaduhan dan pukul memukul dengan menggunakan kerusi serta botol kaca di pusat hiburan itu,” katanya.

Menurut Christopher, susulan kejadian itu, pelajar wanita terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Tengkera.

Bertindak di atas laporan itu, kata beliau, bekas teman lelaki wanita terbabit ditahan di Jalan Kota di sini hari ini.

Polis katanya, sedang memburu enam lagi suspek yang masih bebas kerana disyaki terlibat dengan pergaduhan itu.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai cemburu apabila bekas teman wanitanya keluar bersama teman lelaki baharunya,” katanya.

Tambah Christopher, lelaki terbabit kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan ujarnya, boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Loading...
Terkini