comscore
Tumpuan :
Jenayah

Punca kematian warga emas akibat ditikam di kepala, leher dan muka

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Punca kematian suami isteri warga emas yang disyaki dibunuh anak kandung mereka di Kampung Sungai Penchala dekat sini, kelmarin, disahkan akibat ditikam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

“Terdapat tiga kesan tikaman di kepala, leher dan muka.

“Kesan tikaman itu sama pada kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.43 malam Sabtu berhubung pergaduhan keluarga membabitkan suspek dengan ibu bapanya berusia 72 hingga 82 tahun.

Allaudeen dilaporkan berkata, mayat kedua mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah dipercayai dibunuh akibat ditikam.

Beliau dipetik berkata, pada 7.50 malam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPD Brickfields melakukan gerakan mengesan dan suspek berjaya ditangkap 10.30 malam hari sama.

Katanya, suspek baru dibebaskan dengan jaminan selepas dituduh di mahkamah baru-baru ini berkaitan kes dadah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini