comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Stor penyimpanan jadi tumpuan siasatan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Sebuah stor penyimpanan yang terletak kira-kira 200 meter dari penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, menjadi tumpuan utama pihak polis hari ini bagi mengesan bukti-bukti baharu berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Stor berkeluasan 600 kaki persegi itu dimasuki pasukan forensik sekitar jam 10 pagi, sebelum dua anjing pengesan (K9) Bukit Aman dan IPD KLIA iaitu ‘Ricks’ dan ‘Gucci’ pula mula melakukan penjejakan.

Pemiliknya, Noraini Ahmad, 51, memaklumkan stor berkenaan menyimpan motosikal, kerusi plastik dan barangan khemah.

“Semalam polis ada datang tengok, tapi jenguk-jenguk saja, lepas tu hari ini polis minta buka, kita buka sajalah nak takut apa.

“Kadang-kadang tu ada lah budak lalu lalang, kadang-kadang orang yang kutip tin selalu lah lalu kawasan stor ni,” katanya.

Menurut Noraini, stor itu sentiasa dikunci dan hanya dibuka sekiranya untuk mengeluarkan motosikal bagi kegunaan harian ahli keluarganya.

Jelasnya, kira-kira sejam selepas anjing pengesan dibawa masuk ke dalam stor, pihak polis mengatakan telah selesai melakukan siasatan dan membenarkan beliau mengunci stor berkenaan.

Namun, tidak lama kemudian polis menghubunginya semula untuk membuka kunci stor bertujuan menyambung semula kerja-kerja penyiasatan.

Unit K9 dan Unit Forensik dilihat meninggalkan lokasi pada 2.15 petang.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi turut hadir ke lokasi kejadian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini