comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : ‘Tak mungkin sebab dendam’- datuk mangsa

 

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Datuk kepada mangsa pembunuhan, Zayn Rayyan Abdul Matiin, iaitu Zahari Muhd Reba, 55, menolak kemungkinan cucunya itu dibunuh sebabkan dendam terhadap mangsa mahupun ahli keluarga.

 

“Anak saya baru duduk sini dalam tiga tahun, dia punya rutin harian pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah ja yang kenal dia, yang lain saya tak tahu, jadi apa kaitan dengan dendam,” ujarnya ketika ditemui di lokasi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sekiranya ada perangai atau tingkah laku mangsa yang merupakan kanak-kanak autisme itu tidak disenangi mana-mana pihak.

Disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan sering berkelakuan baik, Zahari turut berkongsi, cucu sulungnya itu juga menunjukkan perubahan sikap yang lebih agresif sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Katanya lagi, Zayn tidak pernah dibiarkan berseorangan dan sering ditemani ibunya ke mana sahaja.

Dalam pada itu, Zahari turut meluahkan rasa rindu terhadap cucunya itu selepas pemergian kanak-kanak kerana mangsa sangat rapat dengannya dan kerap melawatnya di rumah di Subang Bestari pada setiap hujung minggu.

Berkongsi keadaan terkini ibu bapa Zayn, Zahari memaklumkan mereka kini menetap di Subang Bestari buat sementara waktu kerana masih lagi bersedih atas kehilangan anak mereka.

“Tengok kadang-kadang dia termenung, menangis, samalah kami orang, bapa saudara dia semua, memang rapat,” katanya.

Loading...
Terkini