comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa mangsa

Ibu bapa Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari, 28, tiba di kediaman mereka di Apartmen Idaman sebaik jenazah anak mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara malam tadi.

KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk kali kedua, bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu, keterangan kedua-duanya diambil malam tadi dan mungkin akan diambil sekali lagi.

Keterangan jiran dan saksi juga akan direkod dalam masa terdekat.

Pencarian bahan bukti pagi tadi.

“Kita selesai ambil keterangan mereka kali kedua malam tadi dan akan lihat keperluan sekiranya akan ambil lagi maklumat-maklumat lain,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, proses pencarian bahan bukti masih giat dilakukan sejak malam tadi di sekitar kawasan mayat Zayn Rayyan ditemukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media malam tadi berkata, polis percaya kanak-kanak itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di aliran anak sungai berhampiran kawasan perumahannya.

Kes kematian kanak-kanak berusia 6 tahun itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh, selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Polis Selangor turut menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kematian mangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini