comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Warga emas maut, dua kanak-kanak melecur selepas kereta terbakar

FOTO: Ihsan bomba

TAPAH: Seorang wanita warga emas maut, manakala dua kanak-kanak dan seorang wanita melecur selepas kereta dinaiki mereka terbakar di Jalan Bidor Lama di sini awal hari ini.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kebakaran membabitkan sebuah Proton Saga dengan kerosakan dianggarkan 98 peratus dan mangsa yang maut adalah penumpang tempat duduk belakang.

Mengulas lanjut, katanya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.49 pagi.

Sebaik tiba, katanya, wanita warga emas itu disahkan sudah meninggal dunia, manakala seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak dianggarkan berusia lima dan lapan tahun melecur.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang melecur dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Identiti semua mangsa belum dapat dipastikan kerana semua barangan peribadi termasuk kad pengenalan hangus ketika kejadian,” katanya mengesahkan operasi tamat jam 6.30 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini