comscore
Tumpuan :
Kes

Gaduh Serang Seorang Lelaki, 3 Sekawan Diberkas

Foto hiasan

KUCHING: Polis memberkas tiga lelaki yang terbabit dalam pergaduhan menyerang seorang lelaki berhampiran kompleks membeli-belah One TJ, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.42 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun mengalami kecederaan akibat diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali selain kereta mangsa turut dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Tiga suspek lelaki tempatan berusia 21 hingga 35 tahun telah ditangkap berhubung kes pergaduhan ini.

“Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman selama empat hari sehingga 25 Oktober ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat.

“Jika disabitkan kesalahan Seksyen 148 Kanun Keseksaandan Seksyen 427 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Ahsmon berkata, siasatan lanjut masih diteruskan.

Loading...
Terkini